Panduan Kabel untuk Membuat Jaringan

PENDAWAIAN

Dalam standard piawaian pendawain bagi CAT5/5e, beberapa peralatan diperlukan bagi pemasangan pendawaian pada satu-satu sistem rangkaian setempat

  • RJ45
  • Modular Jack
  • Face Plate
  • Teknik Pemasangan kabel

RJ 45

RJ45 adalah satu klip kepala yang mesti dipasangkan kepada kabel CAT5/5e (kedua-dua penghujung) bagi memastikan kesemua kabel kecil disambungkan antara HUB/Switch dan NIC (Network Interface Card) pada komputer.

Setiap kabel CAT5/5e mempunyai 4 pair kabel berwarna (8 kabel) , Putih Biru dan Biru, Putih Hijau dan Hijau, Putih Orange dan Orange, Putih Coklat dan Coklat

Berdasarkan kepada standard piawaian pendawaian , kod-kod warna pada kabel CAT5/CAT5e membawa kepada 2 jenis piawaian, iaitu EIA/TIA 568A dan EIA/TIA 568B.

Hanya kod | 1 | 2 | 3 | dan | 6 | sahaja yang membawa paket daripada satu rangkaian ke satu rangkaian lain (TX dan RX - Transeive dan Receive) dan yang lainnya hanya membekalkan voltage.

MODULAR JACK

Modular Jack ialah satu soket yang digunakan untuk menyambungkan kabel rangkaian kepada dinding (Wall Face Plate Scheme).

Daripada modular jack ini, kabel akan disambungkan mengikut warna yang telah ditetapkan. Sambungkan penghujung kabel kepada hub/switch.

TOOLS

1.Cable Stripper

Kabel UTP Cat 5/5e mestilah dipotong (lapisan luar) mengikut kesesuaiannya iaitu dalam lingkungan setengah inchi.

Cable Stripper

Bagi memotong lapisan luar kabel ini, peralatan yang sesuai harus digunakan agar kabel yang yang tidak terjejas.

2.CRIMPING TOOL

Crimping tool adalah alat yang digunakan untuk mengepit kabel-kabel CAT5/5e pada soket RJ45. Pastikan kesemua kabel dimasukkan ke dalam soket RJ45 dengan betul mengikut susunan piawaian 568A ataupun 568B

Kabel yang telah di 'Crimp' !

-------

Pendawaian RAK.

Pendawaian RAK ialah satu teknik pendawaian tersusun yang biasa sarankan bagi membentuk satu-satu sistem rangkaian setempat. Semua kabel rangkaian, peralatan hub/switch, server di muatkan pada rak bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.


sumber : http://www.sabah.gov.my/insan/ebook/cabling.htm

Komentar

  1. pak, mau tanya.. apakah bisa satu kabel utp di cabang ke 3 unit komputer..
    thanks..

    BalasHapus

Posting Komentar

Postingan Populer